Pantai
Teluk Lipat merupakan sebuah pantai yang amat menarik untuk dikunjungi bagi
mereka yang gemar memancing. Pantai Teluk Lipat ini juga sering dipilih menjadi
lokasi Pertandingan Memancing Gp Joran yang dianjurkan Berita Harian dengan
kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu.
Pengunjung
yang berkunjung ke sini juga boleh memilih untuk berehat di tepi pantai sambil
berkelah atau menikmati pelbagai jenis makanan termasuk keropok yang dijual di
gerai-gerai sepanjang pantai ini.
Di
Pantai Teluk Lipat ini juga pengunjung boleh melihat kesan peninggalan sejarah
iaitu sebuah jeti yang digunakan sewaktu zaman perlombongan bijih di Bukit Besi
suatu ketika dahulu.
Kemudahan
penginapan juga banyak terdapat di sepanjang Pantai Teluk Lipat ini. Pantai ini
juga sering menjadi tumpuan para pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi
Tempatan untuk berehat sambil menenangkan fikiran pada hari minggu.