Batu Rakit merupakan sebuah
bandar kecil yang terletak kira-kira 15 km dari Bandar Kuala Terengganu. Batu
Rakit dipercayai mendapat namanya dari kewujudan batu yang berbentuk rakit yang
terletak kira-kira 300 meter di tengah laut. Walaupun tiada catatan rasmi ,
penempatan di Pantai Batu Rakit dipercayai telah dibuka pada awal 1800an.
Batu Rakit terkenal kerana
terdapat pelbagai Institusi Pengajian Tinggi di sini seperti Universiti Sultan
Zainal Abidin (Unisza), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Institut Pendidikan
Guru, Kampus Dato' Razali Ismail dan Institut Teknologi Petronas Batu Rakit
(INSTEP).
Antara makanan tempatan popular
di Batu Rakit ialah Keropok Lekor. Pelancong yang berkunjung ke sini boleh
menikmati Keropok Lekor di kedai atau warung yang terdapat di kawasan ini. Pelancong
yang berkunjung ke Pantai Batu Rakit juga boleh menikmati makanan hasil laut
yang yang segar.
Selain dapat melihat keindahan
Pantai Batu Rakit, pelancong yang datang ke sini juga dapat melihat sendiri
bagaimana kehidupan sebagai nelayan dan juga sekiranya bernasib baik pelancong
juga berpeluang untuk membeli hasil laut yang segar dengan harga yang
berpatutan.
No comments:
Post a Comment