Rantau Abang merupakan salah satu
destinasi pelancongan yang terkenal di Terengganu. Rantau Abang terkenal kerana
pernah menjadi tempat pendaratan penyu untuk bertelur. Ia mempunyai kedudukan
pinggir pantai yang baik kerana adanya lerengan yang curam dan mendalam untuk
penyu mendarat di pantai tersebut.
Rantau Abang terletak 62 km dari
Bandar Kuala Terengganu dan 17 km dari Bandar Dungun. Pada zaman kemuncaknya,
setiap malam pada musim penyu bertelur antara Mac hingga Ogos,
sekurang-kurangnya 80 ekor penyu akan mendarat di sepanjang pantai Rantau
Abang.
Penyu Belimbing antara spesies
penyu yang paling banyak mendarat di Rantau Abang. Penyu Belimbing ini boleh
membesar sehingga 2.5m panjang dan seberat 600kg. Penyu Belimbing merupakan
penyu yang terbesar antara tujuh spesies haiwan itu yang wujud di dunia. Namun
kini mengalami ancaman kepupusan.
Ia hanya mendarat untuk bertelur di pantai Rantau Abang apabila tiba musimnya. Namun jumlah pendaratan penyu spesies itu menurun secara mendadak sejak 16 tahun lepas. Gaya hidup masyarakat di sesetengah negara yang menjadikan daging penyu sebagai hidangan mereka menyumbang kepupusan penyu seluruh dunia.

No comments:
Post a Comment