Pantai Teluk Gadong merupakan
satu lagi destinasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi. Terletak
berhampiran UITM Terengganu Cawangan Dungun, Pantai Teluk Gadong kini menjadi
tumpuan pengunjung tempatan dan juga para pelajar khususnya dari UITM untuk
berehat pada waktu petang.
Pelbagai kemudahan terdapat di
Pantai Teluk Gadong. Antara kemudahan yang ada di sini ialah gerai makan, taman
permainan, pondok rehat dan juga tempat letak kereta.
Di Teluk Gadong ini juga terdapat
sebuah tasik dan hutan lipur. Kawasan Teluk Gadong ini berpontensi menjadi satu
produk pelancongan terbaik di Daerah Dungun sekiranya usaha memaju &
menjaga keindahan kawasan dijalankan secara berterusan oleh Pihak Berkuasa
Tempatan.
No comments:
Post a Comment