Kuala Abang mempunyai sebuah
pantai yang menarik untuk dikunjungi iaitu Pantai Batu Pelanduk. Pantai ini
diberi nama Pantai Batu Pelanduk ialah kerana terdapat struktur batu yang
menyerupai Pelanduk di tepi pantai ini.
Kampung Kuala Abang terletak
dalam Daerah Dungun, Terengganu. Jarak Kampung Kuala Abang dengan Bandar Dungun
ialah lebih kurang 10 km. Untuk ke Pantai Batu Pelanduk, pengunjung boleh menaiki bas dari
Kuala Terengganu ke Dungun atau bas dari Bandar Dungun ke Kuala Terengganu.
Pantai yang bersih diikuti dengan
keindahan panorama membuatkan pengunjung tidak melepaskan peluang merakamkan
keindahan pantai. Pengunjung yang datang ke Pantai Batu Pelanduk
boleh memilih sama ada menginap di sekitar Rantau Abang atau pun di Bandar
Dungun.
Sumber pendapatan utama penduduk
Kampung Kuala Abang ialah sebagai nelayan. Mereka terdiri daripada nelayan tepi
pantai dan laut dalam. Sekitar bulan Mei sehingga bulan Julai, nelayan di sini
akan turun menjadi nelayan Ikan Bilis manakala pada bulan-bulan berikutnya mereka
menjadi nelayan biasa. Pengunjung yang berkunjung ke sini juga boleh melihat
bagaimana penduduk kampung ini memproses Ikan Bilis.
No comments:
Post a Comment