Friday, April 15, 2016

Pantai Kemasik



Pantai Kemasik sering menjadi tumpuan penduduk tempatan terutama pada hujung minggu dan hari kelepasan. Berhampiran Pantai Kemasik juga terdapat sebuah perkampungan nelayan. Kepada yang meminati bidang fotografi, Pantai Kemasik menawarkan keindahan tersendiri yang sukar ditemui di pantai lain.

Pantai Kemasik di Daerah Kemaman terletak 19 km dari Bandar Chukai di Kemaman iaitu kira-kira 20 minit perjalanan. Pemandangan yang indah, pantai yang bersih, air yang jernih, pasir berwarna keemasan dan bukit berbatu menjadi tarikan utama pengunjung untuk datang ke Pantai Kemasik.

Di pantai ini juga terdapat beberapai gerai berhampiran untuk kemudahan pengunjung yang datang ke Pantai Kemasik. Tandas Awam dan tempat letak kereta juga dibina di Pantai Kemasik. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Pantai Kemasik ialah berkelah, mengambil gambar, mandi-manda, berjoging, berjalan-jalan, bermain bolasepak pantai dan bola tampar.
Bagaimana untuk ke Pantai Kemasik

Jika anda datang dari Kuala Terengganu, anda boleh menggunakan jalan persisiran pantai untuk ke Pantai Kemasik. Jarak perjalanan dari Bandar Kuala Terengganu ke Kemasik ialah 137 km, kira-kira 2 jam perjalanan. Dari Kuala Terengganu, anda akan melalui Marang-Dungun-Paka-Kerteh-Kemasik. Sekiranya anda dari Kuantan, anda perlu menuju ke Bandar Chukai di Kemaman. Dari Kemaman, anda perlu mengikut jalan persisiran pantai Chukai-Kijal-Kemasik.

No comments:

Post a Comment